Friday, February 17, 2012

HUKUM PAKAI INAI BERUKIR


Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.

wallahu’alam.

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .

SeLaMaT pAgi cIKgU!!!


ALHAMDULILLAH SETELAH 3 TAHUN SETENGAH AKU BELAJAR, AKHIRNYA TIBALAH MASANYA AKU PRAKTIKAL DAN BELAJAR UNTUK MENJADI GURU SEBENAR. BUKAN MUDAH UNTUK AKU MENGAJAR PADA PERMULAAN INI. TAK PE LAH, AKU AKAN CUBA YANG TERBAIK.
RINDU PULA PADA KAWAN-KAWAN DI KAMPUS. SELEPAS INI SUSAHLAH UNTUK BERJUMPA LAGI. RINDU PADA GELAK TAWA, SUKA DUKA BERSAMA, ADA GADUH-GADUH MASAM MUKA...HEHEHE MACAM-MACAMLAH. APE-APE PUN BILA JAUH DARI FAMILY, KAWAN LA YANG JADI TEMPAT MENGADU, SUSAH DAN SENANG. TERIMA KASIH KEPADA KAWAN-KAWAN SEMUA...SAYANG LA KORANG.... GUD LUCK SUME...