Wednesday, June 30, 2010

kuaci chacheer sdp dimkn...tp halal ke??

hi...salam...mesti ada diantra korang suke makn kuaci kn...ngah tengok tv ke,ngah tgk bola ke, ngah mnum ke...x pn ms picnic.hehe..erm kuaci chacher ni mmg glamo la kn...ciap iklan lam tv ag..tp halal ke..kat pembungkus kuaci ni x de cop halal pn..aq suke beno mkn kuaci ni tp skrg aq was2 lak....jd pe cer ek...

Posted on the March 11th, 2010 under Berita Harian
KAJANG: Selepas hampir 10 tahun popular di kalangan pengguna sebagai makanan ringan, sejenis produk kuaci berperisa yang diimport dari China dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas didapati menipu orang ramai apabila menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) palsu.

Pemilik syarikat yang mengimport kuaci terbabit didapati menggunakan sijil halal palsu bagi memastikan produk terbabit menembusi pasaran pengguna Islam. Namun tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kilang menemui noktah apabila 710 kotak berisi ratusan ribu bungkusan kuaci bernilai hampir RM100,000 dirampas.
Penggunaan logo halal tanpa kebenaran itu dibongkar selepas pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan mengejut di syarikat pengedar kuaci terbabit di Balakong, pagi semalam.
Lawatan mengejut pegawai KDPNKK dan Jakim itu bagaimanapun menyebabkan berlaku `perang hangat’ apabila pihak pengurusan syarikat enggan bekerjasama sebaliknya mempertikaikan kuasa dan tindakan pegawai KPDNKK memeriksa syarikat berkenaan.
Lebih mengejutkan apabila, pihak pengurusan syarikat mengunci pintu menyebabkan pegawai KPDNKK dan Jakim terkurung sehingga polis dipanggil untuk tindakan meredakan keadaan.
Kehadiran tiga anggota polis bagaimanapun berjaya meredakan keadaan berikutan sikap pengurus syarikat berkenaan yang enggan bekerjasama dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa memeriksa premisnya.


jd aq x thu la mane tol ke x sb kuar plak kenyataan dr pihak chacheer....nk backup dri sndri la nie....

CHACHEER KUACI HALAL

Kami, syarikat Chacheer (Malaysia) Sdn.Bhd sebagai pengimport dan pengedar Kuaci Bunga Matahari sejak 2002 ingin menjelaskan kepada pihak awam tentang “Kuaci Halal Palsu” yang terpapar di berita akhbar dan TV baru-baru ini seperti di bawah :

1. Produk ini diimport dari wilayah Anhui, China dan dikeluarkan di bawah pemerhatian Persatuan Islam Anhui, China. Oleh sebab sejak awal 2002, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak dibenarkan untuk ke luar negara bagi tujuan pemeriksaan untuk pensijilan halal, maka inilah sebabnya kami pergi kepada pihak negeri, iaitu Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk memeriksa kilang Chacheer di China. JAIP telah mengaudit dan mengesahkan produk ini halal. Sejak itu, semua label pembungkus produk Chacheer menggunakan logo Halal Malaysia dari 2002 hingga sekarang.

2. Kami memohon Halal kepada JAIP melalui perunding kami sebanyak 4 kali sejak 2002 sehingga sekarang. Pegawai Halal JAIP telah pergi ke kilang untuk mengaudit proses pengeluaran dan bahan mentah untuk mematuhi peraturan ketat Keperluan Keselamatan Makanan halal Malaysia. Pengesahan terakhir adalah dari Jun 2009 hingga Jun 2012. Tetapi pengesahan adalah dari Persatuan Pegawai Agama Perak yang membantu kami sehingga masalah dalaman jabatan di JAIP selesai.

3. Kami hanya mengetahui bahawa pihak JAKIM telah dibenarkan sejak Ogos 2009 untuk ke luar Negara bagi tujuan audit sewaktu datang mendakwa kilang kami pada Rabu, 10 Mac 2010. Kami dinasihatkan untuk memohon terus dari JAKIM kerana JAKIM sekarang sudah dibenarkan untuk membuat pemeriksaan di luar negara. Oleh itu, pada 12 Mac 2010, kami telah menghantar permohonan kepada JAKIM untuk proses pemeriksaan kilang di China. Kami sedang menunggu tarikh dari JAKIM yang mungkin dijadualkan pada lewat April 2010.

4. Oleh itu, kami ingin memaklumkan bahawa pihak syarikat kami adalah tidak bersalah dalam keseluruhan senario mengelirukan ini. Kami tiada niat untuk menipu atau mengelirukan pengguna Islam Malaysia untuk memakan produk kami yang menggunakan logo Halal Malaysia . Kami memiliki sijil Halal sah dari pihak berkuasa kerajaan Malaysia sejak 2002 tetapi tamat pada akhir tahun 2008. Kami tidak tahu bahawa sijil halal dari Persatuan Pegawai Islam Perak (PPIP) tidak diiktiraf oleh JAKIM dan tidak boleh menggunakan Logo Halal Malaysia. Kami terus menggunakan logo Halal Malaysia kerana banyak wang telah dibelanjakan untuk mencetak pembungkus dan kami menunggu untuk mendapat sijil halal yang sah dari JAIP setelah masalah dalaman jabatan selesai.

5. Melalui beberapa perundingan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) maka mereka bersetuju tidak akan mengambil tindakan kepada produk Chacheer di pasaran kerana kuaci kami sebenarnya Halal dan hanya menggunakan logo Halal Malaysia dengan sijil halal yang telah tamat. Kami boleh menggunakan logo Halal PPIP atau Persatuan Islam Anhui dengan sijil halal yang belum tamat tempoh.

6. Kami juga telah berunding dengan pihak JAKIM dan mereka mengesahkan bahawa jika kami menutup semua logo Halal Malaysia, maka kami masih boleh menjual produk ini dalam pasaran. Sementara itu, pada 25 Mac 2010, kilang Qia Qia Foods Co., Ltd yang mengeluar kuaci Chacheer di China telah disahkan halal oleh Persatuan Islam Shandong. Kami telah memaklumkan kepada JAKIM dan mereka telah memberi surat pengesahan bahawa Persatuan ini diiktiraf oleh JAKIM. Maka dengan itu, kuaci Chacheer adalah dianggap halal semula oleh JAKIM.

7. Akhir sekali, kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan, peruncit dan pengedar Kuaci Bunga Matahari di atas segala kekeliruan dan kerumitan yang telah berlaku. Sekian, terima kasih.

sedap tol kuaci nie..manis2 masin..haha...

semuanya atas pendapat dan kenyakinan masing2 la..bagi aq stakat kuaci yang da dpt pengesahan halal tp bukan dari jakim je nie....kuacinie still leh makan tnpa keraguan...k la..adios...

No comments:

Post a Comment