Sunday, October 23, 2011

Finishing School


minggu lepas aku telah dipaksa mngikuti satu program yang dibuat oleh pihak u iaitu program finishing school. mula-mula dengan berat ahtinya aku pun pergilah...tapi rupa-rupanya program tu amatlah bermanfaat untuk semua pelajar yang bakal menghadapi alam pekerjaan. semua tentang temuduga, resume dan yang berkaitan dengan alam pekerjaan diberikan secara detail. siap ada mock interview ag...aku tabik dengan program ni sebab telah menyediakan ktorg kelam pekerjaan. kat sini ada tip2 untuk temuduga....harap leh kongsi dengan korg...daa...


Tips Temuduga Paling Asas

Tepati 7 perkara utama ini dahulu

Kata orang, "First Impression" adalah penting semasa proses temuduga berlangsung. Sebab kemungkinan besar panel penemuduga tidak pernah mengenali anda sebelum ini. Jadi, sikap dan perwatakan anda ketika inilah yang memberitahu segala-galanya.
Walaupun nampak tidak begitu adil, itulah saja yang boleh dinilaikan oleh panel dalam masa yang sesingkat itu.Sebagai jalan penyelesaiannya, anda perlu berusaha memperbaiki sikap atau "attitude" sebaik mungkin. Berikut adalah tips bagi meningkatkan karisma anda sebagai calon temuduga;

1. Berpakaian dan berpenampilan kemas serta sesuai untuk menghadiri temuduga
Walaupun jawatan anda sekadar operator pengeluaran atau despatch, pastikan aspek pakaian dititikberatkan. Usah terikut-ikut dengan kata rakan-rakan anda yang belum pernah ada pengalaman jadi panel penemuduga tu.Karisma anda akan lebih terserlah jika mengikuti tips asas ini.

2. Tiba 15 hingga 30 minit lebih awal dari masa sebenar temuduga.
Ini dapat mengelakkan anda daripada kelam-kabut, gelabah atau gundah-gulana semasa di lokasi temuduga. Anda juga akan dilihat sebagai bersungguh-sungguh dan komited dengan jawatan yang dipohon.

3. Segala sijil, surat iringan dan resume disusun dengan rapi dalam satu fail khas.
Sediakan salinan fotostat sekali. Jika diminta oleh panel (jika ada 2 atau 3 orang), anda berikanlah salinan berikut kepada mereka.

4. Mengeluarkan suara dengan terang dan jelas semasa berkomunikasi dengan panel.
Jawablah soalan yang diajukan dengan jujur dan penuh yakin. Usah meninggi diri atau sesekali memperlekehkan panel penemuduga. Jika kurang bersetuju dengan mereka, berikan pendapat bernas anda dengan cara yang tegas tapi sopan dan professional.Selain itu, jangan mudah gelabah jika tidak tahu dengan jawapan terhadap soalan yang diajukan. Nyatakan permohohan maaf kerana anda kurang pasti dengan jawapannya sebenar.

5. Jawab soalan yang diajukan dengan tenang.
Elakkan daripada tergagap-gagap semasa menjawab soalan. Ketika memberikan jawapan, pandanglah ke arah panel yang mengajukan soalan tadi. Pandang tepat pada matanya dan tidak menundukkan kepala sebagai tanda yang anda seorang yang berkeyakinan.

6. Selidik dahulu serba sedikit tentang latar belakang syarikat.
Dapatkan maklumat seperti jenis industri, pencapaian syarikat terbabit atau apa saja maklumat terkini mengenai syarikat. Sediakan juga beberapa soalan berkaitan syarikat yang ingin anda ketahui. Bila panel bertanya kepada anda, awak ada apa-apa soalan? Anda tanyalah soalan tentang syarikat sebagai tanda minat dan kesungguhan anda.

7. Tahu atau menguasai bahasa ketiga.
Rata-rata di antara masyarakat Malaysia boleh berbahasa Malaysia, Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing. Jika anda dapat menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa lain daripada itu seperti bahasa Jepun, German, Perancis, Itali atau Korea, ia adalah bonus.

Monday, October 10, 2011

Halatuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

assalamualaikum...

sebagai seorang bakal guru pendidikan teknik dan vokasional, aq amat curius dengan isu-isu berkaitan guru, sekolah dan pelajar terutamanya dalam kursus pendidikan teknik dan vokasional. disini aq ingi berkongsi sedikit pendapat mengenai hala tuju pendidikan teknik dan vokasional yang dahulunya dipandang rendah tetapi kini semakin diminati oleh masyarakat sekarang.

Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) sekarang semakin diketengahkan oleh kementerian pendidikan. Perkembangan pendidikan teknik dan vokasional bermula daripada revolusi perindustrian di Perancis pada awal 1800-an. Menurut kamus dewan dan bahasa, teknikal bermaksud pelaksanaan sesuatu kerja yang khusus kepada sesuatu pengetahuan mnakala vokasional pula memberi maksud bidang berkaitan aspek praktik sesuatu pendidikan. PTV memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara dalam sektor ekonomi, social dan juga kestabilan negara. PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir mahupun separuh mahir dalam membangunkan negara dalam sektor-sektor perindustrian.

Perkembangan PTV di Malaysia tidak terhad kepada peranan Kementerian Pendidikan sahaja. Penggubalan dasar kurikulum turut dibuat dan usaha untuk penambahbaikan dilaksanakan oleh mereka di luar kementerian seperti Kementerian Belian dan Sukan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Pembangunan Wanita yang juga melaksanakan kursus-kursus teknik dan vokasional seperti bengkel menjahit, kimpalan dan pendawaian.

PTV kini memerlukan perubahan untuk meningkatkan lagi penerimaan masyarakat terhadap pelajar serta sistem pendidikan teknik dan vokasional. Antara strategi yang dapat diambil adalah mengukuhkan hubungan dengan rantaian perindustrian agar pelajar yang mengambil kursus PTV mempunyai ruang dan peluang dalam pekerjaan selepas mereka tamat pembelajaran nanti. Selain itu, guru-guru yang mengajar perlulah didedahkan dengan pengalaman bekerja dalam industri supaya mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan berpandukan kerjaya yang bakal pelajar tempuh dan juga dapat menyediakan pelajar kearah pekerjaan sebenar kursus yang diambil. Tambahan lagi, kekurangan dasar dalam menyokong usaha meningkatkan jumlah guru dalam teknik dan vokasional perlu dititikberat. Hal ini bermaksud, guru atau pengajar pendidikan teknik dan vokasional perlu diberi peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang masing-masing tidak kira secara formal mahupun tidak. Ini adalah penting untuk meningkatkan mutu dan kualiti pelajar.

Di samping itu, tanggapan negatif masyarakat terhadap pelajar yang mengambil kursus pendidikan teknik dan vokasional ini perlu dilupuskan terus. Masyarakat menganggap bahawa pelajar yang mengambil kursus PTV ini adalah pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran dan mereka yang tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Tanggapan ini perlu diubah kerana meraka inilah merupakan nadi negara yang membangunkan perindustrian negara. Tambahan lagi, pelajar yang mengambil kursus PTV bukanlah pelajar yang kurang cemerlang kerana terdapat juga pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya tetapi berminat dengan kemahiran dan mengambil kursus ini.

Seperti yang ditelah dihurai panjang di atas, masyarakat telah memandang negatif terhadap pekerjaan kolar biru iaitu mereka yang bekerja dalam sektor perindustrian. Oleh itu, mereka yang mempunyai tanggapan sebegini tidak akan berminat untuk menyertai kursus PTV. Sistem PTV perlulah mempromosikan PTV ini sebagai pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) dan tidak terhad hanya kepada pembelajaran semata-mata tetapi kemahiran yang diperolehi dapat digunakan sepanjang hayat. Selain itu, kurikulum PTV yang tidak berkesan dan tidak sesuai juga perlu diubah agar kualiti kurikulum PTV dapat ditingkatkan. Pembangunan dan kajian terhadap PTV ini perlu ditingkatkan dan bekerjasama dengan pelbagai negara luar yang menekankan sistem PTV ini seperti negara Jerman yang pernah mengadakan kolokium PTV di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV).

Pendidikan teknik dan vokasional yang kini semakin berkembang dan dikenali serta telah diambil serius oleh kementerian pendidkan memerlukan perubahan. Seperti yang telah berlaku di FPTV sendiri, berlaku perubahan kurikulum diatas keperluan guru di sekolah-sekolah teknik dan sekolah vokasional yang bakal ditukarkan kepada kolej vokasional. Antara perubahan yang dapat dibuat adalah perubahan dari segi pembangunan teknologi maklumat (IT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dunia kini semakin berkembang dengan teknologi maklumat, oleh itu guru-guru perlu menggunakan kemudahan yang sedia ada kerana kajian telah dilakukan bahawa IT dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran.

Selain itu, sebuah kementerian atau jabatan yang khusus untuk pengurusan PTV perlu ditubuhkan dan diiktiraf oleh kerajaan. Dengan adanya jabatan ini, masyarakat akan membuka mata dan yakin dangan sistem PTV. Keperluan PTV kini pesat selaras dengan keperluan negara dalam menjaan ekonomi khususnya dalam bidang perindustrian. Kerajaan telah memperkembangkan sistem PTV diperingkat sekolah rendah dan menengah dan institusi pendidikan tinggi. Hasrat kerajaan adalah dapat melahirkan rakyat yang berilmu, berkeupayaan menyumbang kepada pembangunan negara serta menyediakan rakyat yang menganggur dan dapat berdikari, maju dan berjaya dengan kemahiran yang ada.

surat cinta untuk calon suami


Assalamu'alaikum WR WB

Calon suamiku yg kukasihi tiada pernah aku bermimpi engkau akan menyatakan niatmu untuk menikahi tahun depan, saat itu hatiku tiba-tiba gelisah, aku panik bercampur bahaggia rasanya aku tak sabar menunggu saat-saat yang paling bersejarah dalam hidupku itu?bergitu bahagianya hatiku, ingin aku berbagi rasa dengan para sahabatku, lalu dengan bangganya aku menceritakan tentang dirimu yang sangat mencintai Alloh kepada sahabat-sahabatku?alangkah terkejutnya aku mendengar perkataan mereka tentang dirimu, beberapa sahabat wanitaku bertanya padaku ?apa loe serius mau nikah sama cowo yg sok alim?...loe tau kan cowo yg sok alim itu pasti ngekang istrinya gak boleh keluar rumah, gak boleh kerja, malahan ada yg suruh istrinya pake cadar, ih gw seh ogah!!!?, dan salah satu sahabat lelakiku mengatakan ?serius loe mau nikah secepet itu, loe kan belum pernah liat orangnnya, mending PACARAN dulu 2 ato 3 thn buat saling kenal?kalo gw seh sebagai seorang modern, realistis dan open minded gak mau nikah cepet-cepet, dan nantinya gw bakal kasih kebebasan buat istri gw, kan wanita berhak bebas juga??kata-kata itu bagai petir menyambar hatiku, aku tak menyangka sahabat-sahabat yg selama ini sangat dekat denganku ternyata menganut faham kebebasan dan faham modernisasi?sesaat niatku untuk menikahimu karena mencari Ridha Alloh pun menghilang, syukurlah aku tersadar dan kupanjatkan do?a dengan sungguh-sungguh kepada sang Illahi agar Ia memberikan Petunjuk-Nya kepadaku?SubhanAlloh niatku yg telah memudar kembali jernih sejernih air zam-zam, tiada ada kebimbangan dan keragu-raguan dalam hatiku?Kini jika kelak aku menjadi istrimu dapat kuyakinkan padamu bahwa:Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terpasung jika kelak engkau memerintahkanku untuk berhenti bekerja?aku merasa bahwa perintahmu itu adalah karena engkau terlalu mencintaiku, sehingga engkau sama sekali tidak rela melihatku bekerja keras demi mencari kekayaan dunia? Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terpenggal jika kelak engkau memaksaku menutup auratku atau bahkan memaksaku mengenakan cadar sekalipun?aku merasa bahwa paksaanmu itu adalah karena engkau begitu mencemburuiku, sehingga engkau tidak akan pernah ikhlas jika lelaki lain memandangi tubuhku dengan tatapan nafsu?Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terbelenggu jika kelak engkau tidak memperbolehkanku mempekerjakan pembantu dalam rumah tangga kita?aku merasa laranganmu itu adalah karena engkau sangat menyayangiku, sehingga engkau tidak ingin aku menyesal dikemudian hari karena aku tidak bisa melihat anak-anak kita tumbuh dalam asuhanku?Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terhalang jika kelak engkau melarangku untuk bebas keluar rumah tanpa seizinmu?aku merasa aturanmu itu adalah karena engkau sangat merindukan dan mengkhawatirkanku, sehingga engkau akan merasa gelisah jika aku tidak berada dirumah?Aku tiada akan pernah merasa kebebasanku terinjak-injak jika kelak engkau membatasi pergaulanku?aku merasa perlakuanmu itu adalah karena engkau terlalu mengasihiku, sehingga engkau tidak ingin melihatku terjerumus ke dalam pergaulan bebas yang akan mengantarku memasuki pintu neraka?Yaa?aku akan sangat berterima kasih jika kelak engkau membatasi kebebasanku bukan karena ego-mu, tetapi karena engkau sangat memahami kewajiban dan tanggung jawab yang telah Alloh berikan kepadamu sebagai seorang suami?Aku heran dengan para istri yg menyerukan kebebasan, sungguh sangat bodoh jika seorang istri merasa bahagia saat sang suami membebaskan cara berpakaian istrinya, tahukah sang istri bahwa perlakuannya itu pertanda sang suami tidak memiliki rasa cemburu kepadanya sekalipun banyak mata lelaki buaya yg menikmati kemolekan tubuh istrinya?Dan aku heran dengan para suami yg memperbolehkan istrinya untuk keluar rumah dengan bebas, lalu saat sang suami pulang kerja didapatinya rumah berantakan dan tidak ada makan malam untuknya karena sang istri terlalu sibuk bekerja atau bergosip dengan tetangganya?Duhai calon suamiku, saat aku telah menjadi istrimu gunakanlah hakmu sebagai seorang suami untuk membimbingku, agar aku tidak akan pernah terperosok ke dalam faham kebebasan yg penuh dengan tipu daya?Namun saat melihat kenyataannya bahwa begitu banyak rumah tangga yg awalnya saling mencintai, harmonis, dan bahagia tapi tak lama berselang rumah tangga tersebut hancur tak bersisa dan tidak sedikit pula suami-istri yang saling menyakiti baik fisik maupun mental?Aku tak bermaksud untuk meragukanmu wahai calon suamiku, aku yakin suami yg bertakwa kepada Alloh pasti akan memperlakukan istrinya dengan baik.?Tapi sebelum aku memasuki kehidupan baru denganmu, izinkanlah aku mengajukan beberapa pormohonan padamu agar engkau dapat memahami isi hatiku sebagai seorang wanita dan seorang istri?Duhai calon suamiku?aku bukanlah robot yg tidak akan pernah merasakan letih, kelak bantulah aku dalam mengatur rumah tangga kita, jangan kau limpahkan semua urusan rumah tangga hanya padaku tanpa mau memperdulikan dan mengerti keletihanku?Duhai calon suamiku?aku bukanlah mahkluk bisu tempat engkau memuaskan nafsumu, kelah janganlah engkau mencumbuiku dengan cara yang kasar dan dingin, cumbuilah aku dengan lembut dan penuh kasih sayang?Duhai calon suamiku?aku bukanlah patung tak berperasaan, kelak setialah padaku, sayangilah aku, dan hormatilah aku layaknya ratu dalam hatimu?Duhai calon suamiku?sungguh yang kuharapkan hanyalah kebahagiannya dalam rumah tangga kita, yang kuinginkan adalah ridha dari dirimu, yang kudambakan hanyalah genggaman tanganmu yang akan membawaku ke surga dunia dan akhirat?Untuk itu ajaklah aku untuk menyelammi kehidupan yang paling berbahagia, mari kita saling mengerti, memahami, dan mengasihi selayaknya dua insan yang raga dan jiwanya telah saling menyatu?oh sungguh bahagianya aku jika memiliki suami yang akan mengajariku dengan cinta dan membimbingku dengan kasih?SubhanAlloh?Duhai calon suamiku?sebelumnya aku ingin berterima kasih padamu karena kelak engkaulah yang akan membawaku memasuki surga yang tiada akan pernah terbayangkan indahnya, engkaulah yang akan menuntunku mencapai Ridha Illahi, engkaulah yang akan menjagaku dalam mengarungi lautan hidup, engkaulah yang akan menjadi sandaran saat ragaku letih dan bersedih, engkaulah yang akan membantuku untuk menjadi seorang ibu yang paling berbahagia, engkaulah yang akan menemaniku disaat usiaku telah senja, dan engkaulah yang akan menjadi tempat untuk aku mencurahkan seluruh perasaan hatiku?Sungguh aku akan menjadi istri yg paling berbahagia jika memiliki suami yg menyayangi dan mencintaiku karena Allad dan semoga itu adalah dirimu?Calon suamiku sekian surat cinta untukmu yang kutulis penuh dengan kasih dan harapan?Semoga Alloh selalu Meridhai dan Memberkahi rumah tangga kita nanti dengan kebahagiaan yg tiada akan pernah berakhir?Amiieen?
Wassalamu'alaikum WR WB

Sunday, October 2, 2011

penipuan mesin bank??

assalamualaikum...

penipuan mesin bank??hehehe msti jarang kita dengarkan. biasa kita dengar penipuan cyber, skim cepat kaya. ni penipuan bank plak. macam mana ye. aq pun x sgka boleh jadi macam ni. aq x tahu la korg prnah kena ke x. tapi aq dah kne 2 kali. penipuan bank yang aq maksudkan ni bukanlah penipuan pelaburan ke apa. yang tu boleh lah kita terus report polis. ni adalah penipuan mesin bank in duit.

kisahnya, aq bank in duit ke akaun akak aq. memang tol la.aq da cek. tapi resit aq terus buang. mungkin salah aq jugak. pastu akak aq cek bank dia, duit x masuk. adoi...pe cite ni. nak claim pn x thu mcm mana. resit x de dah. Allah sahaja yang tahu mcm mana sdihnya aq. ni ada satu cite ag, akak aq byr bil guna mesin jgk...bil air dan eletrik. tapi bila tanya tnb n jbtan air, diaorg ckap x byr ag..pe cite ni..masalahnya resit pn da buang ni.mcm ne nk claim...x nk la aq ckp bank mana kn...

bila dh 2 kali kne mcm ni.aq sebulat suara, hehehe x nk dh guna mesin kalau byr bil. kalau bank in plak, simpan resit sampai lah duit tu da betol2 masuk dalam akaun. jadikan kisah ini satu pengajaran. mungkin kisah ini akan terjadi kepada anda....tapi aq x nak la tuduh mana-mana pihak,mungkin sistem yang x baik or pegawai yang kurang jujur..tah la. x thu sangat hal2 mcm ni. huhu jadi kita kena sentiasa beringat-ingat...=)

wassalam

Image Detail

Saturday, October 1, 2011

warna-warna kehidupan


Assalamualaikum...

rasanya dah lama aq tak update blog ni. pandai buat je tapi x aktif plak. sekarang aq dah berada di tahun empat. tinggal satahun lagi nak konvo...x sbr plak rasanya nk hbs belajar. tapi orang kata bila dah hbs belajar, rindu plak nk belajar lagi. apa2 pun hidup mesti diteruskan. tol x...hehehe sem ni rasanya ad lebih ckit masa terluang di awal sem. jadi boleh lah update blog nie...

ari ni aq nk cerita pasal satu toy ni. namanya danbo. danbo ni berasal dari jepun. danbo ni adalah dari robot suit dalam yotsuba&! manga. danboard atau danbo ni bererti card board. danbo ni direka untuk bergerak apabila dimasukan duit syiling pada pipi kirinya...comel sgt...kalau la aq dpt syok nie...comel sgt2..hehehe