Monday, October 10, 2011

Halatuju Pendidikan Teknik Dan Vokasional

assalamualaikum...

sebagai seorang bakal guru pendidikan teknik dan vokasional, aq amat curius dengan isu-isu berkaitan guru, sekolah dan pelajar terutamanya dalam kursus pendidikan teknik dan vokasional. disini aq ingi berkongsi sedikit pendapat mengenai hala tuju pendidikan teknik dan vokasional yang dahulunya dipandang rendah tetapi kini semakin diminati oleh masyarakat sekarang.

Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) sekarang semakin diketengahkan oleh kementerian pendidikan. Perkembangan pendidikan teknik dan vokasional bermula daripada revolusi perindustrian di Perancis pada awal 1800-an. Menurut kamus dewan dan bahasa, teknikal bermaksud pelaksanaan sesuatu kerja yang khusus kepada sesuatu pengetahuan mnakala vokasional pula memberi maksud bidang berkaitan aspek praktik sesuatu pendidikan. PTV memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara dalam sektor ekonomi, social dan juga kestabilan negara. PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir mahupun separuh mahir dalam membangunkan negara dalam sektor-sektor perindustrian.

Perkembangan PTV di Malaysia tidak terhad kepada peranan Kementerian Pendidikan sahaja. Penggubalan dasar kurikulum turut dibuat dan usaha untuk penambahbaikan dilaksanakan oleh mereka di luar kementerian seperti Kementerian Belian dan Sukan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Pembangunan Wanita yang juga melaksanakan kursus-kursus teknik dan vokasional seperti bengkel menjahit, kimpalan dan pendawaian.

PTV kini memerlukan perubahan untuk meningkatkan lagi penerimaan masyarakat terhadap pelajar serta sistem pendidikan teknik dan vokasional. Antara strategi yang dapat diambil adalah mengukuhkan hubungan dengan rantaian perindustrian agar pelajar yang mengambil kursus PTV mempunyai ruang dan peluang dalam pekerjaan selepas mereka tamat pembelajaran nanti. Selain itu, guru-guru yang mengajar perlulah didedahkan dengan pengalaman bekerja dalam industri supaya mereka dapat menyampaikan pengajaran dengan berpandukan kerjaya yang bakal pelajar tempuh dan juga dapat menyediakan pelajar kearah pekerjaan sebenar kursus yang diambil. Tambahan lagi, kekurangan dasar dalam menyokong usaha meningkatkan jumlah guru dalam teknik dan vokasional perlu dititikberat. Hal ini bermaksud, guru atau pengajar pendidikan teknik dan vokasional perlu diberi peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang masing-masing tidak kira secara formal mahupun tidak. Ini adalah penting untuk meningkatkan mutu dan kualiti pelajar.

Di samping itu, tanggapan negatif masyarakat terhadap pelajar yang mengambil kursus pendidikan teknik dan vokasional ini perlu dilupuskan terus. Masyarakat menganggap bahawa pelajar yang mengambil kursus PTV ini adalah pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran dan mereka yang tidak mempunyai masa hadapan yang cerah. Tanggapan ini perlu diubah kerana meraka inilah merupakan nadi negara yang membangunkan perindustrian negara. Tambahan lagi, pelajar yang mengambil kursus PTV bukanlah pelajar yang kurang cemerlang kerana terdapat juga pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya tetapi berminat dengan kemahiran dan mengambil kursus ini.

Seperti yang ditelah dihurai panjang di atas, masyarakat telah memandang negatif terhadap pekerjaan kolar biru iaitu mereka yang bekerja dalam sektor perindustrian. Oleh itu, mereka yang mempunyai tanggapan sebegini tidak akan berminat untuk menyertai kursus PTV. Sistem PTV perlulah mempromosikan PTV ini sebagai pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) dan tidak terhad hanya kepada pembelajaran semata-mata tetapi kemahiran yang diperolehi dapat digunakan sepanjang hayat. Selain itu, kurikulum PTV yang tidak berkesan dan tidak sesuai juga perlu diubah agar kualiti kurikulum PTV dapat ditingkatkan. Pembangunan dan kajian terhadap PTV ini perlu ditingkatkan dan bekerjasama dengan pelbagai negara luar yang menekankan sistem PTV ini seperti negara Jerman yang pernah mengadakan kolokium PTV di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV).

Pendidikan teknik dan vokasional yang kini semakin berkembang dan dikenali serta telah diambil serius oleh kementerian pendidkan memerlukan perubahan. Seperti yang telah berlaku di FPTV sendiri, berlaku perubahan kurikulum diatas keperluan guru di sekolah-sekolah teknik dan sekolah vokasional yang bakal ditukarkan kepada kolej vokasional. Antara perubahan yang dapat dibuat adalah perubahan dari segi pembangunan teknologi maklumat (IT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dunia kini semakin berkembang dengan teknologi maklumat, oleh itu guru-guru perlu menggunakan kemudahan yang sedia ada kerana kajian telah dilakukan bahawa IT dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran.

Selain itu, sebuah kementerian atau jabatan yang khusus untuk pengurusan PTV perlu ditubuhkan dan diiktiraf oleh kerajaan. Dengan adanya jabatan ini, masyarakat akan membuka mata dan yakin dangan sistem PTV. Keperluan PTV kini pesat selaras dengan keperluan negara dalam menjaan ekonomi khususnya dalam bidang perindustrian. Kerajaan telah memperkembangkan sistem PTV diperingkat sekolah rendah dan menengah dan institusi pendidikan tinggi. Hasrat kerajaan adalah dapat melahirkan rakyat yang berilmu, berkeupayaan menyumbang kepada pembangunan negara serta menyediakan rakyat yang menganggur dan dapat berdikari, maju dan berjaya dengan kemahiran yang ada.

No comments:

Post a Comment