Tuesday, November 27, 2012
Sambal Ikan Bilis Sira Kegemaran Arwah Mak
Dah nak masuk bulan Disember kita ye...cepatnye masa berlalu. Lagi sebulan kita masuk pula tahun baru. Ok la, hari ni niya masak bubur putih dengan sambal ikan bilis sira. Bila dah jadi suri rumah sementara ni, macam-macam la. Asyik nak masak je. Tapi bila hubby pergi kerja, sunyi la rumah ni. Kalau masak pun, tak de sape nak makan. Makan sorang-sorang la. Tak pe la. Sementara dapat keje, kutip pahala sebagai suri rumah dulu. Tol tak...hehe Eh,lupa pulak nak cite pasal bubur. Hari ni buat bubur putih dan juga sambal bilis sira. Resepi dari arwah mak dulu. Sambal ikan bilis sira ni jugak sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas. Kalau tak de lauk, makan je dengan nasi. Sedapnye.... Ni resepi nye... Yummy...
- Ikan Bilis Sira -
Bahan2nya :
100g ikan bilis - goreng garing dan ketepikan
semangkuk cili kering - ikut suka pedas
3 ulas bawang putih - tumbuk
7 ulas bawang merah - tumbuk
sedikit air asam jawa
1/2 cawan gula
Caranya:
Tumis bahan tumbuk sampai baik bau. Masukkan cili kering dan goreng sampai cili masak dan garing. Masuk air asam jawa dan masak sampai pekat. Dah pekat, masuk gula dan masak sampai pekat dan buih-buih. Tak payah tambah garam tau sebab ikan bilis dah masin. Dah nampak pekat, matikan api dan biar sejuk cikit. Dah sejuk cikit baru masukkan ikan bilis dan gaul rata. Klu masuk ikan bilis terus lepas sambal masak, nanti ikan bilis tak rangup lagi. Dah gaul-gaul, masuk dalam bekas kedap udara. Boleh makan dengan bubur, nasi putih dan juga roti. Yummy....hehe
Monday, November 12, 2012
Kehidupan Seorang Isteri
niya & azrol |
Friday, February 17, 2012
HUKUM PAKAI INAI BERUKIR
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.
wallahu’alam.
* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur .
SeLaMaT pAgi cIKgU!!!
ALHAMDULILLAH SETELAH 3 TAHUN SETENGAH AKU BELAJAR, AKHIRNYA TIBALAH MASANYA AKU PRAKTIKAL DAN BELAJAR UNTUK MENJADI GURU SEBENAR. BUKAN MUDAH UNTUK AKU MENGAJAR PADA PERMULAAN INI. TAK PE LAH, AKU AKAN CUBA YANG TERBAIK.