Assalamualaikum....sangat-sangat lama niya tak update blog ni. Orang nak berblog, kita pun nak berblog juga. tapi tak pernah nak update...padahal bukan sibuk sangat pun.. Tak apa la. Alhamdulillah, setelah habis praktikal hari tu, pada 15 September 2012 niya telah pun selamat diijab kabul dan telah menjadi seorang isteri kepada pasangan saya Mohd Azrol Bin Ali. Memang banyak dugaan dan cabaran yang saya tempuhi sebelum selamat dinikahkan. Dugaan dalam keluarga, dugaan kewangan, dugaan pengurusan perkahwinan. Tapi kita kena ingat bahawa Allah tak akan bebankan hambanya dengan apa yang mereka tidak dapat tempuh. Hidup bergelar seorang isteri ni banyak lainnya. Mula-mula kahwin, macam tak boleh terima je. Hehe... Ye la, dulu nak bangun lewat ke, tak nak masak ke, malas kemas rumah ke, boleh aje. Tpi sekarang, jangan harap la. Bila dah jadi seorang isteri, kena la buat semua tu. Dah tanggungjawabkan. tak apa. Allah dah janjikan ganjaran yang amat besar kepada para isteri yang melakukan tugasnya. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan baik. Allah dah janjikan yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang rasa kelakar pulak, asyik buka internet je bila nak masak. Tengok resepi mana yang macam sedap, terus nak try. Dulu, makan nasi putih dengan telur mata pun dah cukup. Macam-macam la niya ni. Ok la. Kepada semua para isteri, semoga menjadi seorang isteri yang solehah. Niya doa, niya pun tergolong dalam isteri solehah. Banyak lagi niya kena belajar. So, kepada senior-senior, anda adalah kamus niya. Hehe. Wassalam.
niya & azrol |
No comments:
Post a Comment