Tuesday, November 27, 2012

Sambal Ikan Bilis Sira Kegemaran Arwah Mak

Assalamualaikum.....
Dah nak masuk bulan Disember kita ye...cepatnye masa berlalu. Lagi sebulan kita masuk pula tahun baru. Ok la, hari ni niya masak bubur putih dengan sambal ikan bilis sira. Bila dah jadi suri rumah sementara ni, macam-macam la. Asyik nak  masak je. Tapi bila hubby pergi kerja, sunyi la rumah ni. Kalau masak pun, tak de sape nak makan. Makan sorang-sorang la. Tak pe la. Sementara dapat keje, kutip pahala sebagai suri rumah dulu. Tol tak...hehe Eh,lupa pulak nak cite pasal bubur. Hari ni buat bubur putih dan juga sambal bilis sira. Resepi dari arwah mak dulu. Sambal ikan bilis sira ni jugak sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas. Kalau tak de lauk, makan je dengan nasi. Sedapnye.... Ni resepi nye... Yummy...

- Ikan Bilis Sira -

Bahan2nya :
100g ikan bilis - goreng garing dan ketepikan
semangkuk cili kering - ikut suka pedas
3 ulas bawang putih - tumbuk
7 ulas bawang merah - tumbuk
sedikit air asam jawa
1/2 cawan gula

Caranya:
Tumis bahan tumbuk sampai baik bau. Masukkan cili kering dan goreng sampai cili masak dan garing. Masuk air asam jawa dan masak sampai pekat. Dah pekat, masuk gula dan masak sampai pekat dan buih-buih. Tak payah tambah garam tau sebab ikan bilis dah masin. Dah nampak pekat, matikan api dan biar sejuk cikit. Dah sejuk cikit baru masukkan ikan bilis dan gaul rata. Klu masuk ikan bilis terus lepas sambal masak, nanti ikan bilis tak rangup lagi. Dah gaul-gaul, masuk dalam bekas kedap udara. Boleh makan dengan bubur, nasi putih dan juga roti. Yummy....hehe

No comments:

Post a Comment