Friday, April 19, 2013

MEK COME/CEK MEK MOLEK SODAP....


Hari ni tetiba teringin plak nak makan mek come...da lama tol tak buat kuih yang sangat sedap ni. Kuih ni sangat2 la senang nak buat. Alang2 pergi pasar pagi tadi, terus beli ubi keledek. Dari pagi tak sabar tunggu petang, nak buat kuih ni.hehe... Mek come ni orang terengganu yang panggil. Orang kelantan plak panggil cek mek molek. Ala x kisah la panggil ape janji rasanya sama... Jom intai resepi yang sangat mudah ni. Resepi ni menggunakan ubi keledek je. Dah la senang nak buat, dapat banyak pulak untuk satu adunan. Boleh makan satu family... satu adunan ni boleh dapat 10-12 biji...boleh la 2-3 orang makan.. UBi keledek tu pastikan direbus sampai empuk. rebus lama2 pun x pe..lagi senang nk uli jadi doh nanti.

Resepi Mek Come

Bahan-bahan:
2 cawan ubi keledek yang direbus sehingga empuk (ambil isinya sahaja)
1 cawan tepung gandum
gula untuk inti

Caranya:
-campur ubi keledek dengan tepung, uli sampai menjadi doh. Doh ni lembik sedikit. Jangan dicampur tepung lagi ye sebab memeng doh nak kne lembut baru sedap.
- ambil sedikit doh bulat2 kan. Lubangkan sedikit dan masukkan inti gula. Gula tu atas masing2 nak manis mcm mana tau.
- tutup inti tu dengan bulat2 kan doh. Kemudian, bentukkan menjadi leper mcm dlm gambar.
- Goreng guna api sederhana ye sampai garing...
p/s:boleh juga buat banyak2 dan simpan dlm peti sejuk. Nak makan goreng je...=)

No comments:

Post a Comment