Wednesday, April 24, 2013

PAPRIK SOTONG

Assalamualaikum...selamat petang semua...macam mana hari ni...boringnye duk umah sorg2...pas dah branak nanti ingat nak cari kerja la...boring sangat ni..hehe. ok2 duk membebel lak kite..ari ni niya nak share resepi paprik sotong..sebenarnya nak habiskan sayur dalam peti sejuk tu..dah kecut2. fikir2 nak masak ape...tom yam ke?ish baru je makan tomyam. jadi buta keputusan nak buat paprik.mula2 ingat nak buat sotong goreng kari, tapi tekak rasa nak paprik lak...layan...buat paprik sotong, pastu gorang telur dadar, goreng bendi sos tiram..dah jadi satuset  menu yg istimewa..istimewa ke.hehe mcm biase jom intai resepi kot2 ada yang nak try resepi niya...

RESEPI PAPRIK SOTONG

bahan-bahan:
3-4 ekor sotong sederhana besar- bersih dan potong
10 helai daun limau purut- hiris kasar2
3 batang serai- potong kasar2
1/2 labu bawang besar- hiris nipis2
6 biji cili api-diketuk
3 ulas bawang putih- diketuk
sos tomato
sos tiram
sos cili
garam dan gula
bunga kobis
buah tomato
kacang panjang
lobak merah
minyak untuk menumis

cara-caranya:
- tumis bawang putih dan cili api.
- masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili dan sotong. goreng sekejap. sos tu atas masing2 nak pekat mcm ne. pastikan sesuai dgn sotong yg dimasukkan.
- masukkan sedikit air. air ni atas masing2 nak pekat macam mana. niya bt berkuah ckit.
- dah mendidih, masukkan serai dan daun limau purut. kacau lagi.
- kemudian masukkan garam dan gula. seimbangkan rasa. kalau x ckup daun limau, bole tambah untuk bg rasa daun limau.
- masukkan sayuran dan bawang besar. kacau lagi. biar didih jap dan boleh hidang...siap!

PAPRIK SOTONG

ni set menu tengah ari td...layan...hehe


Tuesday, April 23, 2013

BIHUN GORENG DAUN LIMAU PURUT

assalamualaikum....ape kabar semua...hehe. sedar tak sedar dah 23 april ari ni. cepat sungguh masa berlalu kan...usia kandungan niya pun dah masuk 7 bulan...tak sabar nak tgu baby ni keluar. ok2..ari ni sebenarnya niya nak share resepi bihun goreng daun limau purut. bihun  ni bihun putih macam bihun singapore tapi telah diubahsuai. resepi ni dari mak mertua sebenarnya. first time makan mak mertua buat terus jatuh cinta. bila nk buat bihun je, mesti buat resepi ni. sedap. mak mertua jual mi dan bihun goreng..jom intai resepi kot2 ada yang nak cuba cara baru..=)

RESEPI BIHUN GORENG DAUN LIMAU PURUT

bahan-bahannya:(ni tuk 2 org mkn je tau)
bihun-rendam dahulu dalam air
isi ayam
garam dan gula
sedikit air jika perlu
sayuran:
sawi
kobis
lobak merah
timun dan lada merah untuk hiasan

bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili api - kalau boleh warna hijau sb bau sedap sket
5 batang serai
10-15 helai daun limau purut

cara-caranya:
-potong kecik2 semua bahan kisar dan kisar sampai lumat.
-tumis bahan kisar sampai garing.
-masukkan isi ayam dan semua sayuran kecuali daun sawi. (batang sawi masukkan skali)
-goreng lagi sampai isi ayam masak
-masukkan sedikit air jika tumisan terlalu pekat (niya x maukkan sebab air bahan kisar dah banyak)
-perisakan dengan garam dan gula.edjust sendri ye
-masukkan bihun dan gaul sebati.
-masukkan daun sawi dan gaul lagi. goreng sampai bihun kering.
-bolehlah dihidang dan dihias dengan timun dan lada merah

ok boleh la sape2 nak try resepi ni. memang sedap. cubalah ye...=)

BIHUN GORENG DAUN LIMAU PURUT





Sunday, April 21, 2013

SAYUR LABU AIR PEDAS

Semalam teringin nak makan sayur labu air. Mula-mula kakak yang buat. Siap post gambar lagi. Ish x leh jadi ni. nak kne buat jgk ni..hehe terliur plak. resepi ni adalah resepi mak dulu. memang dari kecik duk makan resepi ni je kalau nk buat syur labu air...sedap...tapi kene cukup bahannya la bru la perrgh..hehe.. tapikan atas org jugak ni. ada yang suke ada yang x...jom intai resepinya bg yg suke deh...

RESEPI SAYUR LABU AIR PEDAS

bahan-bahannya:
1 biji labu air - saiz kcil 
3 biji lada hidup
1 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar
sedikit lada hitam biji
sedikit daun kesum
air secukupnya
gula dan garam secukupnya

cara-caranya:
1.rebus ikan kembung dan ambil isinya.
2.potong bawang besar dan lada hidup nipis2.
3. tumbuk bawang besar, lada hidup, lada hitam dan isi ikan rebus.
4. potong labu air jadi bentuk segitiga.
5. masukkan labu ke dalam air dan masak hingga empuk.
6. bila labu dah empuk, masuk bawang, lada hidup, lada hitam dan ikan yang ditumbuk tadi. masukkan juga daun kesum.
7. dah mesra, masukkan garam dan gula...sayur labu nak kne rasa manis2 sket. biarkan mesra sekejap n boleh dihidang...=)

sayur labu air pedas

Friday, April 19, 2013

JUALAN KUIH RAYA 2013

SALAM SEMUA...SAYA ADA MENJUAL KUIH RAYA UNTUK TEMPAHAN HARI RAYA 2013.KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENENPAH KUIH RAYA INI, BOLEH JENGUK-JENGUK DI FACEBOOK SAYA http://www.facebook.com/niya.sharifah TERDAPAT 7 JENIS KUIH RAYA YANG SEDAP-SEDAP DAN TERKINI...TARIKH TUTUP TEMPAHAN ADALAH PADA 28/5/2013. RUGI KALAU TAK TRY..RMAI YANG MENANGIS TAK DAPAT MAKAN TAHUN LEPAS...CEPAT-CEPAT ORDER YE...=)

CRUNCHY CRUCH
bskut yg lain dr yg lain...
kerangupan bubble rice
choc di lapisan bawah
lapisan atas dihias coklat chips, badam, gajus dan white choc
RM25/bekas
 

MARBLE SHORTBREAD
Adunan roti ranggup bersama2 badam & nestum. dilapisi pula dgn coklat berkualiti tinggi. lalu dihiasi dgn white choc utk membentuk marble.. 
RM25/bekas

MELETOPS
adunan campuran nestum..cornflakes choc chips dan white choc..
adunan yg sangat lembut...
RM 25/bekas
 

TART NENAS
inti : jem nenas yg sgt padat di pilih dari buah nenas terpilih..
adunan yg sangat lembut...
RM 25/bekas
 

TOP PAVLOVA
jgn dilihat pada rupanya...rasanya mmg sdp...
100% dibuat daripada putih telur grade A tanpa campuran tepung...
diadun bersama campuran badam dan cornflakes 
RM 25/bekas

ALMOND LONDON
buah badam yg dipanggang sebiji kt dalam
adunan yg sangat lembut...
RM 25/bekas
 

SEMPERIT CHEESE VANILA CHOC
perisa vanila & coklat.. di tabur dgn hirisan cheese.. & di bakar ranggup.. 
tidak cair di tangan.. tapi cair di mulut.. 
RM 25/bekas





MEK COME/CEK MEK MOLEK SODAP....


Hari ni tetiba teringin plak nak makan mek come...da lama tol tak buat kuih yang sangat sedap ni. Kuih ni sangat2 la senang nak buat. Alang2 pergi pasar pagi tadi, terus beli ubi keledek. Dari pagi tak sabar tunggu petang, nak buat kuih ni.hehe... Mek come ni orang terengganu yang panggil. Orang kelantan plak panggil cek mek molek. Ala x kisah la panggil ape janji rasanya sama... Jom intai resepi yang sangat mudah ni. Resepi ni menggunakan ubi keledek je. Dah la senang nak buat, dapat banyak pulak untuk satu adunan. Boleh makan satu family... satu adunan ni boleh dapat 10-12 biji...boleh la 2-3 orang makan.. UBi keledek tu pastikan direbus sampai empuk. rebus lama2 pun x pe..lagi senang nk uli jadi doh nanti.

Resepi Mek Come

Bahan-bahan:
2 cawan ubi keledek yang direbus sehingga empuk (ambil isinya sahaja)
1 cawan tepung gandum
gula untuk inti

Caranya:
-campur ubi keledek dengan tepung, uli sampai menjadi doh. Doh ni lembik sedikit. Jangan dicampur tepung lagi ye sebab memeng doh nak kne lembut baru sedap.
- ambil sedikit doh bulat2 kan. Lubangkan sedikit dan masukkan inti gula. Gula tu atas masing2 nak manis mcm mana tau.
- tutup inti tu dengan bulat2 kan doh. Kemudian, bentukkan menjadi leper mcm dlm gambar.
- Goreng guna api sederhana ye sampai garing...
p/s:boleh juga buat banyak2 dan simpan dlm peti sejuk. Nak makan goreng je...=)

Tuesday, November 27, 2012

Sambal Ikan Bilis Sira Kegemaran Arwah Mak

Assalamualaikum.....
Dah nak masuk bulan Disember kita ye...cepatnye masa berlalu. Lagi sebulan kita masuk pula tahun baru. Ok la, hari ni niya masak bubur putih dengan sambal ikan bilis sira. Bila dah jadi suri rumah sementara ni, macam-macam la. Asyik nak  masak je. Tapi bila hubby pergi kerja, sunyi la rumah ni. Kalau masak pun, tak de sape nak makan. Makan sorang-sorang la. Tak pe la. Sementara dapat keje, kutip pahala sebagai suri rumah dulu. Tol tak...hehe Eh,lupa pulak nak cite pasal bubur. Hari ni buat bubur putih dan juga sambal bilis sira. Resepi dari arwah mak dulu. Sambal ikan bilis sira ni jugak sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas. Kalau tak de lauk, makan je dengan nasi. Sedapnye.... Ni resepi nye... Yummy...

- Ikan Bilis Sira -

Bahan2nya :
100g ikan bilis - goreng garing dan ketepikan
semangkuk cili kering - ikut suka pedas
3 ulas bawang putih - tumbuk
7 ulas bawang merah - tumbuk
sedikit air asam jawa
1/2 cawan gula

Caranya:
Tumis bahan tumbuk sampai baik bau. Masukkan cili kering dan goreng sampai cili masak dan garing. Masuk air asam jawa dan masak sampai pekat. Dah pekat, masuk gula dan masak sampai pekat dan buih-buih. Tak payah tambah garam tau sebab ikan bilis dah masin. Dah nampak pekat, matikan api dan biar sejuk cikit. Dah sejuk cikit baru masukkan ikan bilis dan gaul rata. Klu masuk ikan bilis terus lepas sambal masak, nanti ikan bilis tak rangup lagi. Dah gaul-gaul, masuk dalam bekas kedap udara. Boleh makan dengan bubur, nasi putih dan juga roti. Yummy....hehe

Monday, November 12, 2012

Kehidupan Seorang Isteri

Assalamualaikum....sangat-sangat lama niya tak update blog ni. Orang nak berblog, kita pun nak berblog juga. tapi tak pernah nak update...padahal bukan sibuk sangat pun.. Tak apa la. Alhamdulillah, setelah habis praktikal hari tu, pada 15 September 2012 niya telah pun selamat diijab kabul dan telah menjadi seorang isteri kepada pasangan saya Mohd Azrol Bin Ali. Memang banyak dugaan dan cabaran yang saya tempuhi sebelum selamat dinikahkan. Dugaan dalam keluarga, dugaan kewangan, dugaan pengurusan perkahwinan. Tapi kita kena ingat bahawa Allah tak akan bebankan hambanya dengan apa yang mereka tidak dapat tempuh. Hidup bergelar seorang isteri ni banyak lainnya. Mula-mula kahwin, macam tak boleh terima je. Hehe... Ye la, dulu nak bangun lewat ke, tak nak masak ke, malas kemas rumah ke, boleh aje. Tpi sekarang, jangan harap la. Bila dah jadi seorang isteri, kena la buat semua tu. Dah tanggungjawabkan. tak apa. Allah dah janjikan ganjaran yang amat besar kepada para isteri yang melakukan tugasnya. InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan baik. Allah dah janjikan yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang rasa kelakar pulak, asyik buka internet je bila nak masak. Tengok resepi mana yang macam sedap, terus nak try. Dulu, makan nasi putih dengan telur mata pun dah cukup. Macam-macam la niya ni. Ok la. Kepada semua para isteri, semoga menjadi seorang isteri yang solehah. Niya doa, niya pun tergolong dalam isteri solehah. Banyak lagi niya kena belajar. So, kepada senior-senior, anda adalah kamus niya. Hehe. Wassalam.

niya & azrol